Monday, 19 February 2018

Baja DiGrow Hijau Dan Merah




  iliyas - 016-3193768

 

Baja DiGrow Semburan Hijau 

 

DI Grow Hijau berfungsi untuk proses menyuburkan pokok sawit dan pada masa sama boleh mengeluarkan bunga dan buah.





Campurkan DiGrow - Baja Semburan Hijau dengan kuantiti yang disyorkan bersama air, semburkan ke bahagian daun dan akar tumbuhan.

diGrow Baja semburan Hijau dapat digunakan bersama ubat serangga dan kulat.

Goncang sebelum guna

Untuk kesan yang lebih baik, guna sebelah pagi atau petang.

Elak daripada guna di bawah matahari terik.

Penggunaan bergantung kepada tumbuhan, keadaan pertumbuhan sekeliling dan cuaca. 

Baja DiGrow SemburanMerah

  DI Grow Merah berfungsi untuk proses meningkatkan dan menambah bunga dan buah serta memperbaiki mutu/kualiti dan hasil tuaian buah sawit

 



Mengandungi mikro-nutrien kelat dan bio-perangsang yang dapat mengatasi masalah kekurangan nutrien tanaman

Mempercepatkan kematangan tanaman

Merangsangkan proses pendebungaan dan pembuahan serta mengurangkan keguguran bunga dan putik

Meningkatkan kualiti buah serta jangka hayatnya. Menghasilkan warna buah yang menarik dengan isi yang lazat

Meningkatkan kadar fotosintesis daun dan merangsangkan penyerapan nutrien oleh akar tumbuh tumbuhan

Rumusan yang sesuai untuk digunakan bersama racun serangga dan racun kulat.

Bersifat mesra alam 

Cara Penyemburan DiGrow Baja Semburan Merah

 

 


Campurkan DiGrow - Baja Semburan Merah dengan kuantiti yang disyorkan bersama air, semburkan ke bahagian daun dan akar tumbuhan.



Goncang sebelum guna

Untuk kesan yang lebih baik, guna sebelah pagi atau petang.

Elak daripada guna di bawah matahari terik.

Penggunaan bergantung kepada tumbuhan, keadaan pertumbuhan, sekeliling cuaca.

DiGrow Baja semburan Merah sebagai perangsang, bukan setakat baja asas sahaja. Sekiranya peladang mengguna DiGrow semasa menaruh baja bijirin, hasil tanamannya akan dipertingkatkan.

Sekiranya penyemburan DiGrow Baja semburan Merah yang selamat dan berkesan tidak campur dengan ubat serangga atau kulat, selepas disembur ke atas bunga dan buah, tanaman boleh dipetik atau dimakan segera.





Apabila anda memulakan penggunaan baja foliar DI Grow terhadap kebun pokok kelapa sawit, pertama sekali anda hendaklah memulakan dengan penggunaan DI Grow Hijau pada bulan pertama, kemudian gunakan DI Grow Merah pada bulan ke-dua, selepas itu gunakan DI Grow Hijau pada bulan ke-tiga dan begitulah lanjutannya diselang selikan di antara DI Grow Hijau dan DI Grow Merah secara tekal sepanjang masa.

Anda akan nampak perubahan yang sangat ketera selepas enam bulan semburan, dedaunan kelapa sawit kelihatan menghijau kepekatan sementara pelepah kelapa sawit rasa lembut apabila ditumbak pada masa sama buah kelapa sawit bertambah lebat dan besar kesan daripada penggunaan baja foliar DI Grow.


 
Cara yang terbaik menggunakan DI Grow dengan menyembur pada daun kelapa sawit (untuk pokok yang masih rendah), keliling batang pokok setinggi 3 kaki dari pangkalnya ke atas, tanah di sekeliling pokok. 
Sementara untuk pokok yang tinggi sembur DI Grow pada keliling batang pokok bermula dari pangkal ke atas setinggi 3 kaki dan bahagian tanah keliling 3 kaki.

Pastikan penyemburan DI Grow dilakukan selepas proses tuaian/menumbak buah, kerana DI Grow akan menggantikan nutrien (zat makanan) pokok yang telah hilang selepas proses tuaian.




Seperkara lagi, sebelum menyemburkan baja DI Grow, pastikan untuk membersihkan kawasan keliling pokok daripada ditumbuhi rumput rumpai, kerana ia akan mengurangkan penyerapan oleh akar pokok sawit.
DI Grow Hijau berfungsi untuk proses menyuburkan pokok sawit dan pada masa sama boleh mengeluarkan bunga dan buah.
DI Grow Merah berfungsi untuk proses meningkatkan dan menambah bunga dan buah serta memperbaiki mutu/kualiti dan hasil tuaian buah sawit.

No comments:

Post a Comment