Monday, 19 February 2018

NPK Baja DiGrow





NPK Baja DiGrow

Baja D.I. Grow telah dicipta dengan dua jenis produk yang berbeza. Iaitu pakej botol merah dan hijau. Kedua-dua kandungan N.P.K turut berbeza. 





Bagi pakej botol hijau, kandungan nisbah N.P.K 21:21:21. 
Penghasilan nisbah N.P.K sedemikian bertujuan membantu tumbuhan menerima protein, enzim, klorofil, dan vitamin yang secukupnya.

Dengan adanya agen-agen tersebut tanaman dapat hidup dengan lebih segar dan sihat serta memperbaiki mutu daun yang lebih sihat. Hasilnya boleh dilihat daripada daun yang kelihatan hijau berkilat dan ia sesuai untuk meningkatkan hasil pengeluaran industri tanaman untuk makanan ternakan seperti napier. 

Produk baja bagi botol hijau sesuai untuk pertubuhan pokok yang yang menggunakan biji benih sebagai asas.




Bagi produk baja merah pula, kandungan N.P.K agak berbeza iaitu nisbah NPK 12:25:30. Kajian telah membuktikan apabila petani menggunakan produk baja D.I. Grow sama ada hijau atau merah,

 ia menggalakkan penghasilan bunga dan buah yang lebih banyak. Ia terbukti untuk apa juga tanaman termasuk durian, dan kelapa sawit. 

Bagi kelapa sawit, saiz buah lebih besar dan lebih berat.Perkara tersebut berlaku kerana tumbuhan tersebut telah mendapat khasiat atau nutrisi yang secukupnya daripada baja D.I. Grow. Selain membantu menyihatkan pokok dan menggalakkan hasil tanaman, D.I. Grow turut memberi kesan kepada hasil ternakan. Di Indonesia contohnya, petani telah mencampurkan produk baja D.I. Grow ini pada makanan ternakan. Hasilnya ternakan tersebut kelihatan lebih sihat dan berat haiwan tersebut turut bertambah.



Sumber: Utusan Malaysia Online 

No comments:

Post a Comment